.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, January 8, 2015

Perdebaran Syurga dan Neraka

Hadith Qudsi.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Berdebatlah syurga dan neraka. Neraka berkata : Saya diberi keutamaan untuk orang-orang yang sombong dan tukang paksa Dan syurga pula berkata : Kenapakah tidak
masuk padaku kecuali orang-orang yang lemah dan orang bawahan ? Allah Taala.berfirman kepada Syurga : Kamu adalah rahmat Ku, denganmu Aku mengasihani orang yang Aku kehendaki dari hamba Ku. Lalu Allah berfirman kepada neraka : Sesungguhnra kamu adalah adzab Ku, denganmu Aku menyeksa orang yang Aku kehendaki dari hamba Ku, masing-masing dari keduanya itu sehingga  dipenuhi di dalamnya. Adapun neraka tidak penuh sehingga Allah meletakkan kaki Nya, lalu neraka berkata : Sudah, sudah, sudah, maka di sanalah neraka penuh, dan sebahagiannya berkumpul kepada sebahagian yang lain. Allah tidak menzalimi makhluk Nya seorangpun. Adapun Syurga, maka sesungguhnya Allah  menciptakan makluk untuknya (Syurga). (Hadith ditakhrij oleh Bukhari).

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw., baginda bersabda : Syurga dan neraka bertengkar di hadapan Tuhan. Syurga berkata : Wahai Allah, gerangan apakah yang masuk syurga hanya orang-orang yang lemah dan orang-orang bawahan ? Neraka berkata : Saya diutamakan dengan orang-orang yang sombong. Allah  berfirman kepada Syurga: Kamu adalah rahmat Ku, dan Allah berfirman pula kepada neraka : Kamu adalah azab Ku, denganmu Aku menimpakan orang yang Aku kehendaki, masing-masing dari kamu
berdua sehingga penuh, Rasulullah saw bersabda: Adapun Syurga, maka sesungguhnya Allah tidak menzalimi makhluk Nya seorangpun, dan sesungguhnya Allah menciptakan neraka untuk orang yang dike­hendaki Nya, kemudian mereka dilemparkan padanya (neraka), maka neraka berkata : Masihkah ada tambahan ? sehingga tiga kali, sehingga Allah meletakkan kedua telapak kaki Nya di neraka, maka neraka itu penuh dan seba­hagiannya ditolakkan kepada sebahagian yang lain. Lalu neraka berkata : Sudah, sudah, sudah. (Hadith ditakhrij oleh Muslim).

Dari Anas bin Malik ra. dari Rasulullah saw. bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Jahannam sentiasa menjadi tempat pelem­paran, lalu dia berkata : Apakah masih ada tambahan ?. Sehingga Allah  meletakkan kedua telapak kaki Nya, lalu sebahagiannya berkumpul dengan sebahagian yang lain dan neraka
berkata : Sudah, sudah; demi Kemulian Mu dan Kehormatan Mu. Di syurga sentiasa ada tambahan, sehingga Allah menciptakan Makhluk untuknya; lalu mereka ditempatkan oleh Allah sebagai tambahan penghuni Syurga. (Hadith ditakhrij oleh Muslim).

Dari Anas ra. dari Nabi saw., beliau bersabda : Tetaplah di syurga sesuatu yang dikehendaki Allah untuk tetap, sehingga Allah menciptakan Makhluk dari yang dikehendaki Nya untuk syurga itu. (Hadith ditakhrij oleh Muslim).

Dari Abu Hurairah ra.., ia berkata : Rasulullah saw: bersabda : Syurga dan neraka berdebat. Syurga berkata : Orang-orang lemah dan miskin masuk kepadaku. Dan Neraka berkata
: Para pemaksa dan orang-orang yang sombong masuk kepadaku. Kemudian Allah berfirman : Kamu adalah seksa Ku, denganmu Aku menyeksa orang yang Aku kehendaki. Lalu Allah berfirman kepada syurga ; Kamu adalah rahmat Ku, denganmu Aku memberikan rahmat kepada orang yang Aku kehendaki. (Hadith ditakhrij oleh Tirmizi).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)